Sepertimana yang kita semua ketahui, motif utama dalam sesuatu perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan. Untuk membantu kita mengira keuntungan perniagaan dengan tepat, sewajibnya kita mengamalkan beberapa prinsip pengurusan kewangan seperti berikut:
1. Menyimpan setiap dokumen
Ini bermaksud, semua dokumen yang berkaitan dengan urusan perniagaan kita seperti resit pembelian bahan mentah dari pembekal, resit tol yang kita bayar untuk berjumpa dengan bakal pelanggan, resit sewa premis perniagaan dan sebagainya. Dokumen ini amat berguna sebagai bahan rujukan terutamanya ketika hujung bulan apabila kita hendak mengira keuntungan perniagaan pada bulan semasa. Ia juga amat berguna di masa hadapan sekiranya kita ingin berbincang dengan pembekal mengenai penetapan harga baru di mana kita perlu mempunyai rekod pembayaran bagi menunjukkan prestasi pembayaran kita kepada pembekal.
2. Menganalisa rekod kewangan operasi
Rujuk kepada rekod kewangan operasi perniagaan kita untuk mengetahui adakah perancangan kewangan yang telah kita buat dan agih itu berbaloi dengan pulangan yang kita perolehi. Dengan membuat analisa terperinci, kita boleh mengetahui sekiranya terdapat pembaziran sumber. Sebagai contohnya, kita menawarkan penghantaran barang secara percuma kepada pelanggan kita tetapi tidak mengambil kira kos penghantaran itu di dalam operasi perniagaan kita.
3. Bajet
Merancang perbelanjaan untuk perniagaan adalah satu prinsip pengurusan kewangan yang baik. Kita mesti mengambil masa untuk mewujudkan bajet atau dana untuk perbelanjaan perniagaan yang dijangka seperti bajet pengiklanan (brochure dan bunting), bajet komunikasi dan sebagainya. Setelah bajet dibuat, kita seharusnya mendisplinkan diri untuk mengikuti apa yang telah dirancang. Ini penting untun mengelakkan pemikiran "tidak mengapa berbelanja lebih sikit, duit collection bulan ini dapat lebih"...
4. Akaun bank
Mewujudkan akaun bank khas untuk urusan perniagaan kita agar senang untuk dipantau. Cuba elakkan dari mencampuri akaun bank peribadi dengan perniagaan.
5. Pembayaran gaji kita adalah yang terakhir!
Sebagai pemilik perniagaan, seharusnya kita tidak bermewah di peringkat awal perniagaan walaupun ia menunjukkan perkembangan yang baik. Tetapkan satu nilai yang realistik sebagai gaji kita dan tumpukan lebihan keuntungan sebagai pelaburan semula ke dalam perniagaan untuk memajukan lagi perniagaan dan sebagai salah satu cara untuk mengukuhkan perniagaan kita apabila berhadapan dengan masa sukar.