Antara tips pemilihan lokasi adalah seperti berikut:
- Imej produk perniagaan - adakah lokasi bersesuian dengan imej produk perniagaan yang ingin kita jalankan?
- Persaingan - adakah perniagaan lain di sekitar merupakan pelengkap atau pesaing kepada produk yang kita jual? Sebagai contohnya, kita mungkin menjual alat peralatan menjahit dan berhampiran dengan perniagaan kita adalah kedai yang menjual kain secara borong...ini dikatakan pelengkap kepada perniagaan kita kerana berkemungkinan yang membeli kain di kedai tersebut adalah tukang jahit dan dengan adanya perniagaan kita berhampiran, mereka mungkin akan tertarik untuk menyinggah dan memberli peralatan menjahit.
- Pekerja setempat - adakah tempat yang kita pilih sebagai lokasi perniagaan itu berhampiran dengan sumber pekerja-pekerja yang boleh bekerja di tempat perniagaan kita?
- Berhampiran dengan pembekal - lokasi perniagaan yang berhampiran dengan pembekal atau pengilang akan mengurangkan kos logistik dan membolehkan kita berhubung terus dengan segera di tempat pembekal atau pengilang sekiranya perlu.
- Keselamatan - bagaimana pula dengan keselamatan di lokasi yang kita pilih itu? adakah tempat itu mempunyai statistik jenayah yang tinggi? Ini akan memberi impak kepada bilangan pelanggan yang berkunjung ke tempat perniagaan dan akan meningkatkan kos perniagaan kita dari segi menyediakan alat keselamatan seperti CCTV, pengawal keselamatan dan lain-lain.
- Peraturan zon perniagaan - kita seharusnya juga memeriksa sekiranya lokasi perniagaan yang kita pilih itu mempunyai peraturan mengenai jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan. Sebagai contohnya, tidak semua tempat dibenarkan untuk membuka bengkel membaiki kenderaan. Paling bagus ialah berhubung dahulu dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kepastian. Mana tau, kalau-kalau kita perlu membayar kadar yang lebih tinggi untuk mendapatkan lesen perniagaan yang kita inginkan.