Apabila kita sudah membulatkan niat untuk menjadi usahawan, seharusnya kita sudah mempunyai produk atau servis yang kita ingin niagakan. Mempunyai produk atau servis sahaja tidak mencukupi, malah kita mesti tahu selok belok model perniagaan yang akan kita jalankan. Ini adalah penting kerana model perniagaan akan memberikan kita gambaran menyeluruh tentang perniagaan yang akan kita mulakan.
Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca satu "template" Model Perniagaan yang boleh kita gunakan untuk membantu kita mencari jawapan kepada maklumat-maklumat perniagaan yang kita perlu ada.
Dengan merujuk kepada gambarajah di sebelah, terdapat 9 persoalan yang perlu kita tumpukan:
1. Rakan Kongsi Utama
Di dalam perniagaan, biasanya kita akan mencari rakan kongsi yang boleh membantu kita samada dengan modal, pengalaman yang mendalam tentang produk atau servis yang akan kita jalankan, jaringan kenalan yang boleh mempengaruhi jualan dan sebagainya. Memahami siapa rakan kongsi kita adalah penting kerana dengan cara tersebut, kita akan mengetahui kekuatan dalaman perniagaan kita.
2. Aktiviti Utama
Ini bermaksud aktiviti utama yang akan berlaku dalam perniagaan kita. Sebagai contoh, sekiranya kita melibatkan diri dalam perniagaan air kelapa, maka aktiviti utama kita adalah "menjual air kelapa muda kepada penduduk sekitar pekan A"...dan sekiranya perniagaan itu bertambah maju mungkin kita akan menambah aktiviti utama kita kepada "membekalkan buah kelapa muda kepada penjaja di pekan A" dan begitulah seterusnya. Kepastian tentang aktiviti utama akan menjadikan kita fokus kepada matlamat perniagaan yang telah ditetapkan.
3. Sumber utama
Bermaksud menerangkan segala sumber yang kita perlukan untuk menjalankan perniagaan. Sebagai contohnya pengalaman yang kita punyai (pengetahuan teknikal & bisness), dana perniagaan, tempat perniagaan, pembekal dan sebagainya.
4. Nilai yang diberikan
Ciri-ciri keunikan akan membezakan antara satu perniagaan dengan satu perniagaan yang lain. Ia dikatakan seringkali disebutkan sebagai satu pengalaman yang boleh dirasai oleh pelanggan kita yang tidak boleh dirasai oleh pelanggan tersebut dari peniaga lain walaupun untuk produk atau servis yang sama. Terdapat banyak cara untuk kita wujudkan keunikan, sebagai contohnya suasana kedai, rekabentuk pembungkusan dan lain-lain. Tidak kurang juga, kita boleh mewujudkan keunikan melalui nilai yang diberikan kepada bakal pelanggan kita. Sekiranya kita menjalankan perniagaan restoran, mungkin kita boleh mengetengahkan nilai-nilai seperti harga pakej untuk semua lauk yang ada, penghantaran ke rumah secara percuma dan sebagainya bergantung kepada kretiviti masing-masing.
5. Hubungan pelanggan
Salah satu faktor kejayaan sesuatu perniagaan adalah hubungan yang baik dengan pelanggan. Di sini, kita perlu mencari jawapan kepada bagaimanakah kita akan menyampaikan maklumat perniagaan kepada pelanggan dan supaya pelanggan dapat memberikan maklum balas kepada kita. Sebagai contoh, mungkin kita menyediakan satu laman web untuk bakal pelanggan mendapatkan maklumat dan meletakkan telefon untuk dihubungi sekiranya mereka memerlukan penjelasan lanjut. Antara contoh yang lain ialah kita mewujudkan "Loyalti Program" di mana pelanggan boleh mendaftar sebagai ahli program tersebut untuk mendapat maklumat terkini dan diskaun yang lebih.
6. Pelanggan
Di sini kita akan memasukkan senarai pelanggan-pelanggan yang akan membeli produk atau servis yang telah ditetapkan
7. Kos
Sepertimana yang kita semua maklum, kos untuk menyediakan produk atau servis memainkan peranan yang penting. Usahawan yang berjaya menyediakan produk atau servisnya dengan kos yang rendah akan mempunyai margin keuntungan yang lebih atau memberikannya fleksibiliti untuk menetapkan harga produk atau servis. Kos biasanya termasuk sewa premis, gaji pekerja, utiliti (air, elektrik & telekomunikasi), bahan mentah, logistik dan lain-lain. Harus kita ingati bahawa di dalam perkiraan kos, akan terdapat kos langsung dan kos tidak langsung. Kos langsung adalah kos yang mempunyai hubungan terus dalam proses menyediakan produk atau servis, manakala kos tidak langsung adalah sebaliknya. Kedua-dua kos ini mesti diambilkira agar perkiraan keuntungan perniagaan adalah tepat.
8. Pendapatan dan faedah
Akhir sekali, setelah kita mengira kos, barulah kita dapat mengira keuntungan yang diperolehi berdasarkan jualan semasa. Sekiranya kita mempunyai beberapa produk atau servis, adalah menjadi satu amalan yang baik untuk mengira keuntungan berdasarkan jenis produk atau servis secara berasingan agar mudah untuk kita mengawal prestasi jualan setiap jenis produk atau servis tersebut.